Kerelatifan am Teori_kerelatifan

Rencana utama: Kerelatifan am

Kerelatifan am adalah satu teori kegravitian yang dicipta oleh Einstein pada tahun-tahun 1907–1915. Penciptaan kerelatifan am bermula dengan prinsip kesetaraan yang mana keadaan gerakan terpecut adalah seiras secara fizikal dengan keadaan pegun di dalam medan graviti (misalnya, berdiri di atas permukaan Bumi). Kesudahannya adalah bahawa jatuh bebas adalah gerakan inersia: sesebuah objek yang jatuh bebas sedang jatuh kerana begitulah objek bergerak apabila tidak dikenakan sebarang daya, dan bukannya disebabkan oleh daya graviti seperti mana dalam mekanik klasik. Ini tidak serasi dengan mekanik klasik dan kerelatifan khas kerana dalam dua teori itu, objek-objek yang bergerak secara inersia tidak boleh memecut secara relatif dengan satu sama lain, tetapi objek-objek yang jatuh bebas boleh. Untuk menyelesaikan kerumitan ini, Einstein mula-mula menganjurkan bahawa ruang masa itu berbentuk melengkung. Pada tahun 1915, beliau mencipta persamaan medan Einstein yang mengaitkan kelengkungan ruang masa dengan jisi, tenaga dan momentum di dalamnya.

Antara kesan-kesan daripada kerelatifan am adalah:

  • Jam berdetik lebih perlahan dalam telaga graviti yang lebih dalam.[8] Inilah yang dinamai dilasi masa graviti.
  • Orbit meliuk secara yang tidak diduga dalam teori graviti Newton. (Ini telah diperhatikan dalam orbit Utarid dan pulsar dedua).
  • Sinaran cahaya melengkung dalam kehadiran medan graviti.
  • Jasad-jasad berputar "meleret di sepanjang" ruang masa di sekitarnya; suatu fenomena beristilahkan "meleret rangka".
  • Alam semesta sedang mengembang, malah pinggir-pinggirannya yang terjauh sedang menjauhi kita lebih cepat daripada kelajuan cahaya.

Secara teknikal, kerelatifan am adalah teori kegravitian yang berciri-utamakan penggunaan persamaan medan Einstein. Penyelesaian kepada persamaan medan itu adalah tensor metrik yang menentukan topologi ruang masa dan bagaimana objek bergerak secara inersia.

Rujukan

WikiPedia: Teori_kerelatifan http://books.google.be/books?id=jL9reHGIcMgC http://gme.grolier.com/article?assetid=0107090-0 http://gme.grolier.com/article?assetid=0244990-0 http://gme.grolier.com/article?assetid=0272730-0 http://www.juliantrubin.com/schooldirectory/relati... http://adsabs.harvard.edu/abs/1932PhRv...42..400K http://adsabs.harvard.edu/abs/1938JOSA...28..215I http://adsabs.harvard.edu/abs/1941JOSA...31..369I http://adsabs.harvard.edu/abs/1949RvMP...21..378R http://math.ucr.edu/home/baez/physics/Relativity/S...